KAJIAN MASA DEPAN
KAEDAH “ARE YOU SLEEPING” DALAM P & P GEOGRAFI
1. PENDAHULUAN:
Kaedah “Are You Sleeping” adalah merupakan idea yang tercetus ketika P & P dijalankan dan pelajar didapati pasif, keliru dan mengantuk semasa topik mengira bearing sukuan dan sudutan diajar. Justeru itu, tercetuslah idea untuk membezakan di antara mengira bearing sukuan dan sudutan dengan menggunakan nyanyian “Are You Sleeping” .
RASIONALNYA:1.1. Satu kaedah penting dalam proses P & P bilik darjah.1.2. Semua pelajar memainkan peranan yang aktif dalam mengira bearing sukuan dan sudutan 1.3. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar1.4. Menimbulkan interaksi menyeluruh dalam kelas.1.5. Pelajar pasif atau tidak mahir tidak terpinggir mampu mengingat mengira bearing sukuan dan sudutan dengan mudah.
- PELAKSANAAN:
Melibatkan 3 tahap : bermula dengan,
Tahap Satu: Perbezaan mengira bearing sukuan dan sudutan ,
Tahap Dua : Nyanyian “Are You Sleeping”,
Tahap Tiga : Petua mengira bearing
Tahap Empat : Latihan.
2.1. Tahap Satu : Perbezaan mengira bearing sukuan dan sudutan
Perkara | Bearing Sukuan | Bearing Sudutan |
Sudut | 90º sahaja (Suku daripada 360º) | 360º (satu bulatan) |
Nilai Bearing | 0º – 90º sahaja | 0º – 360º |
Asas Untuk Mengukur | Dari Utara ke Barat Dari Utara ke Timur Dari Selatan Ke Barat Dari Selatan ke Timur | Dari Utara sahaja mengikut pusingan jam |
Contoh jawapan | U 36º T | 80º |
2.2. Tahap Dua : Nyanyian “Are You Sleeping”, Dengan nada lagu “Are You Sleeping” , pelajar diminta menyanyikan lirik bearing sukuan iaitu
Bearing sukuan , bearing sukuanSembilan puluh darjah, sembilan puluh darjah,Ukur utara barat, ukur utara timur,Ukur selatan barat, ukur selatan timur,Ukurlah, ukurlah |
2.3. Tahap Tiga: Petua mengukur bearingGuru akan menerangkan bagaimanakah cara untuk mengira bearing sukuan dan sudutan. Guru menerangkan cara mengira bearing adalah sama seperti orang yang menggoreng telur. Cara untuk mengira bearing sukuan dan sudutan adalah seperti berikut.
1. | Kenalpasti kedua-dua lokasi/ point |
2. | Sambungkan kedua-dua point dengan 1 garisan |
3. | Buat palang pada lokasi DARI |
4. | Letakkan jangka sudut selari dengan garisan Utara ke selatan dan baca mengikut pusingan jam sehingga garisan yang disambungkan tadi. |
5. | Jika Bearing sukuan pastikan nilai yang dibaca mestilah DI ANTARASUKU YANG TERLETAK DI ANTARA UTARA KE BARAT/TIMUR DAN SELATAN KE BARAT / TIMUR. |
2.4. Tahap : Setiap Pasangan (2)Selepas masa tamat 5 minit, pelajar diarah memilih rakan sebelah untuk membentuk satu pasangan. Kertas catatan ditukarkan di antara pelajar tersebut. Pelajar berpasangan akan cuba berbincang dan mengumpulkan isi hasil perbincangan bersama dan dicatatkan. Ketika ini pelajar yang pasif akan cuba mempertahankan isinya jika dipertikaikan. Kedua-dua pelajar ini akan cuba mempertahankan isi-isi mereka dalam perbincangan seterusnya. Masa diberikan 10 minit.
2.5. Tahap Empat : LatihanPelajar akan menjawab soalan berasaskan kaedah “Are You Sleeping” . Selepas menjawab mereka akan merujuk kepada rakan di sebelah dan kemudian secara kumpulan. Pelajar akan memastikan jawapan mereka betul dengan nilai lebih kurang satu hingga dua darjah sahaja.
- KESIMPULAN:
Kaedah “Are You Sleeping” ada kelebihan dan kelemahan bergantung bagaimana ianya dilaksanakan. Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang bebas. Pelajar belajar cara bebas dan sendiri di kalangan pelajar. Cara belajar dengan kaedah “Are You Sleeping” amat menyeronokkan pelajar. Mereka rasa terekjut kerana ditanya “Are You Sleeping” dan di samping itu mereka belajar daripada nyanyian “Are You Sleeping” mereka dapat mengingat cara mengukur bearing sukuan dan sudutan.Harapan saya, andaianya pelajar tidak faham, kita perlu buat sesuatu kerana “DO CORRECTING WITHOUT DESTROYING” akan menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani. Selamat mencuba..
This entry was posted on Tuesday, September 25th, 2007 at 3:33 pm and is filed under PENYELIDIKAN. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
on September 25, 2007 at 3:34 pm faridah.adi@smjk.edu.my wrote:
cinta sukar ditemui
on September 26, 2007 at 1:58 pm faridah.adi@smjk.edu.my wrote:
cuba anda praktikkan kajian yang dilakukan. moga anda berjaya