ICT DALAM GEOGRAFI

UNIT 1:  Pengenalan

1.1       Objektif Unit

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:·         Menghuraikan faedah ICT kepada pelajar,·         Menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran·         Menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran 

1.2       Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?

ICT DALAM GEOGRAFI

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran

1.3       Apa Tujuan  Modul?

Modul ini bertujuan untuk:·         menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Geografi.·         membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran Geografi yang menggunakan ICT,

1.4       Apa Manfaat ICT Dalam Pembelajaran Geografi?

Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:·         berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran geografi,·         Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,·         Meningkatkan motivasi pelajar,·         Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)·         Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.·         Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,·         Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, ·         Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar,·         Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, ·         Meningkatkan kemahiran ICT.

1.5       Apakah   Syarat  Untuk  Memanfaatkan ICT  Dalam   Pengajaran   Dan

           Pembelajaran Geografi?

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:·         Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. ·         Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.·        

Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

1.6       Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi ?

Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT  

1.7       Bagaimana cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan  Pembelajaran Geografi ?

 

Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar.  Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT). 

Dalam konteks pembelajaran[1], penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:·         ICT Sebagai Alat Tutorial·         ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·         ICT Sebagai Alat Aplikasi ·         ICT Sebagai Alat Komunikasi  Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. Huraian lanjut berhubung pendekatan ini dibincang dalam unit seterusnya. 

1.8     Penilaian Kendiri

                 i.            Keperluan penggunaan  ICT dalam pengajaran dan pembelajaran semakin digalakkan.  Sila terangkan kebaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.                 ii.            Berikan 3 syarat yang perlu dipenuhi jika anda ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 

              iii.            Terdapat empat kategori di mana ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan keempat-empat kategori ini

 

UNIT 2:  ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

2.1     Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:·         Menerangkan maksud pembelajaran tutorial·         Menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan untuk pembelajaran tutorial,·         Merancang aktiviti pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT,·         Melaksanakan aktiviti pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT.  

2.2     Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.  Pembelajaran tutorial ini merangkumi[2]:

  • Pembelajaran ekspositori[3]
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
  • Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

2.3     Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran  Tutorial?

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.  Istilah Computer Assisted Instruction (CAI)[4] digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.  Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System  (Means et. al., 1993) digunakan.  Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.  Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid.  Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut[5]:

  • Mempersembahkan maklumat
  • Membimbing
  • Menyediakan / memberi latihan
  • Menilai pencapaian

Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.  Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996). 

Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.  Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:

  • mengakibat pembaziran masa dan tenaga
  • menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
  • menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
  • mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:

  • Ada perisian pendidikan yang sesuai.  Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.

  • Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.

  • Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.

  • Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.  Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
  • Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
  • Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

2.4     Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pendekatan  Ini?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:·         Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain.·         Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal.  Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti.·         Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai.  Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki.·         Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka.  Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

2.5     Apa Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini?

·         Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran ·         Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.·         Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.·         Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang  minimum.

2.6     Contoh Persediaan Mengajar Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

SUBJEK                  :  GeografiTINGKATAN           :  1MASA                       :  3 masaTAJUK                     : 

Malaysia : Bentuk Muka BumiOBJEKTIF              :  Di akhir pelajaran pelajar akan dapat :i.                     Mengelaskan keadaan bentuk muka bumi di

Malaysiaii.                   Menyenaraikan nama dan kedudukan banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan pinggir laut iii.                  Membezakan antara kawasan tanah tinggi, kawasan tanah pamah dan pinggir lautiv.                 Membuat keputusan tentang kepentingan kawasan pergunungan, tanah pamah dan pinggir laut AKTIVITI:i.                     Pelajar dikehendaki menghuraikan pengetahuan sedia ada tentang keadaan bentuk muka bumi di

Malaysiaii.                   Pelajar mengelaskan keadaan bentuk muka bumi

Malaysiaiii.                  Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menanda nama dan kedudukan rangkaian banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan pinggir laut negara berdasarkan peta

Malaysia.iv.                  Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap kemampuan mereka.v.                    Bagi kumpulan 1, aktiviti pengayaan : kumpulan pelajar diminta mencari gambar-gambar yang berkaitan keadaan bentuk muka bumi dan menerangkan kepentingan kawasan tersebut dari laman web (http://members.tripod.com/zupie/bmmsia.htm).vi.                  Bagi kumpulan 2, aktiviti pemulihan : pelajar akan diberi keratan akhbar yang mengandungi gambar-gambar berkaitan keadaan bentuk muka bumi di

Malaysia dan mencari gambar kepentingan kawasan tanah tinggi, pinggir laut dan tanah pamah. Pelajar dikehendaki mengelaskan gambar tersebut berdasarkan kategorinya.vii.                 Setiap dapatan yang diperolehi akan dibentangkan oleh wakil kumpulan pelajar.

PENILAIAN

i.                     Pelajar cemerlang dikehendaki menjawab soalan dari laman web http://members.tripod.com/zupie/geografi.htm                                    ii.          Pelajar lemah diberi lembaran kerjaBBM                                       i.          Peta Malaysia

                                    ii.          Lembaran kerja

                          iv.         Laman web 

2.7     Penilaian Kendiri

 

  1. Sila huraiakan apa yang anda faham mengenai pembelajaran bersifat instructional.
  2. Bolehkah anda menjelaskan dalam situasi-situasi  bagaimana pembelajaran yang bersifat instructional  boleh digunakan
  3. Huraikan beberapa kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran bersifat instructional.
  4. Rancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran bersifat instructional  yang boleh menggunakan ICT.

2.8    Laluan Ke Arah Pengintegrasian .

Ada Keperluan? (rujuk 7.2)

Ada perisian sesuai?

Ada perkakasan sesuai?

Murid tahu kendali perkakasan & perisian?

Rancang masa (dalam waktu vs luar waktu), tempat (dalam kelas vs luar kelas) dan mod penggunaan (bersendirian vs berkumpulan)

Laksanakan perancangan
Penilaian
Ya
Ya
Ya
Akhir

Mula
Download/Beli/Bangunkan sendiri

Dapatkan perkakasan

·   Latih murid·   Ikuti kelas literasi komputer

Rajah 1 Carta Alir Proses Yang Perlu Dilalui Oleh Guru Sebelum Melaksanakan Aktiviti Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

UNIT 3: ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

3.1     Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:·         Menerangkan maksud pembelajaran bersifat Penerokaan,·         Menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan untuk P&P yang bersifat Penerokaan,·         Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat Penerokaan dengan  menggunakan ICT,·         Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat Penerokaan yang mengaplikasikan ICT.  

3.2     Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Menurut Means et al. (1993), penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:

  • membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.

Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT.  Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

3.3     Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism[6], iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi[7]. Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA)[8] atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta[9] melalui Internet[10]. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji. 

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack [11].  Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.  Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.

3.4     Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pengajaran Dan Pembelajaran Ini?

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:·            yang melibatkan aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.·            Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.·            Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan·            Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

3.5       Apa Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
  • Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
  • Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.

3.6     Contoh Persediaan Mengajar

SUBJEK                  :  GeografiTINGKATAN           :  4MASA                       :  2 masaTAJUK                     :  Tema 2 : Manusia Dan IklimOBJEKTIF              :  Di akhir pelajaran pelajar akan dapat :i.                     Mengenalpasti pengaruh iklim terhadap manusiaii.                   Dapat menghuraikan pengaruh manusia terhadap iklim AKTIVITI:i.                     Pelajar dikehendaki menghuraikan pengetahuan sedia ada tentang keadaan pengaruh iklim terhadap manusiaii.                   Pelajar mengelaskan keadaan pengaruh iklim terhadap manusiaiii.                  Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menjelaskan pengaruh manusia terhadap iklim. iv.                  Pelajar diminta mencari gambar-gambar yang berkaitan keadaan pengaruh manusia terhadap iklim (Menggunakan enjin pencari dalam internet)v.                    Setiap dapatan yang diperolehi akan dibentangkan oleh pelajar yang dipilih secara rawak oleh guru.  

PENILAIAN

i.                     Pelajar cemerlang dikehendaki menjawab soalan dari laman web Yang disediakan oleh guru.                                    ii.          Pelajar lemah diberi lembaran kerja BBM                                       i.          Gambar fenomena alam sekitar

ii.                   Lembaran kerja

iii.                  Laman web  

3.7       Penilaian Kendiri

  1. Pembelajaran bersifat penerokaan menggalakkan pelajar menjelajah dan meneroka  sesuatu.  Bolehkah anda berikan 4 perkara yang boleh diterokai dan dijelajahi oleh murid.

       ii.            Berikan 2 perisian aplikasi umum yang boleh digunakan untuk menyokong pembelajaran bersifat penerokaan       iii.            Terangkan 3 situasi di mana pembelajaran bersifat penerokaan sesuai digunakan. 

  1. Mengapa penggunaan ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang bersifat penerokaan.

  1. Berikan 2 mata pelajaran dan contoh tajuk yang boleh mengaplikasikan pengajaran bersifat penerokaan.

3.8     Laluan Ke Arah Pengintegrasian

Rajah 2 Menunjukkan Carta Alir Proses Yang Perlu Dilalui Oleh Guru Sebelum Melaksanakan Aktiviti Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan. 

Ada Keperluan? (rujuk 8.2)

Sumber terbuka atau tertutup

Ada perkakasan sesuai?

Murid tahu kendali perkakasan & perisian??

Rancang masa (dalam waktu vs luar waktu), tempat (dalam kelas vs dalam makmal) dan mod penggunaan (bersendirian vs berkumpulan)

Laksanakan perancangan

Nilai keberkesanan.

Ya
Ya
Tamat

Mula
·           

Ada perisian sesuai

·          Download·          Beli·          Bangunkan sendiri

Terbuka
·          Latih murid·          Ikuti kelas literasi komputer

UNIT 4: ICT Sebagai Alat Aplikasi

4.1     Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:·         Menerangkan maksud menggunakan ICT sebagai alat aplikasi.·         Menerangkan bagaimana menggunakan ICT sebagai alat aplikasi.·         Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT sebagai alat aplikasi. ·         Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT sebagai alat aplikasi.

4.2     Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran. Contohnya penggunaan pemproses perkataan oleh pelajar dalam aktiviti proses penulisan.  Atau pun penggunaan perisian hamparan elektronik untuk oleh pelajar untuk memplot graf.   Selain daripada perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan hamparan elektronik, perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan  untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. 

4.3     Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan.  Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja.  Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.   Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)  Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti-aktiviti pendidikan yang authentik.  Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya pertalian antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkatan antara pembolehubah tersebut. 

4.4     Apa Kelebihan Menggunakan ICT?

  • Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
  • Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
  • Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

4.5     Contoh Persediaan Mengajar

SUBJEK                  :  GeografiTINGKATAN           :  2MASA                       :  2 masaTAJUK                     :  Kajian Tempatan (Mengumpul maklumat pelajar dalam kelas)OBJEKTIF              :  Di akhir pelajaran pelajar akan dapat :i.                     Dapat mengumpul data tempat tinggal pelajar dalam kelas 2Mii.                   Dapat jadual mengikut kampungiii.                  Dapat membina graf bar mudah dan huraian kepada graf tersebut.  AKTIVITI:i.                     Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat pelajar dalam kelasii.                   Pelajar dikehendaki membina satu jadual dan graf bar mudah berdasarkan data yang dikumpulkan.iii.                  Pelajar diminta membuat huraian ringkas kepada graf yang dibuat. BBM                                       i.                     Contoh-contoh grafii.                   Perisian Hamparan elektronik (Microsof Word)

iii.                Perisian Hamparan grafik (Microsof Excel)

4.6     Penilaian Kendiri

 

  1. Sebagai guru anda dikehendaki membantu pelajar mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak berapa penting yang terpaksa dibuat berulang kali.  Cadangkan satu cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk mengatasi masalah ini.

  1. Sekiranya pelajar mahir menggunakan perisian pemprosesan perkataan dalam komputer serta boleh membuat graf menggunakan komputer, pelajar ini dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisyen.  Setujukah anda dengan kenyataan ini.  Berikan sebab mengapa anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

  1. Pengetua menyatakan bahawa guru geografi boleh menggalakkan murid mengaplikasikan ICT sebagai alat untuk mereka menghasilkan kerja kursus atau tugasan.  Berikan 2  tajuk bagi setiap  mata pelajaran ini di mana pelajar boleh mengaplikasikan ICT sebagai alat untuk memudahkan pembelajaran mereka.

4.6       Laluan Ke Arah Pengintegrasian.   

Rajah 3 Menunjukkan Carta Alir Proses Yang Perlu Dilalui Oleh Guru Sebelum Melaksanakan Aktiviti Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan 

Ada Keperluan? (rujuk 9.2)

Ada perkakasan?

Rancang masa (dalam waktu vs luar waktu), tempat (dalam kelas vs dalam makmal) dan mod penggunaan (bersendirian vs berkumpulan)

Laksanakan perancangan

Nilai keberkesanan.

Ya
Ya
Tamat

Mula

·          Download·          Beli·          Bangunkan sendiri
·          Latih murid·          Ikuti kelas literasi komputer

Ada aplikasi yg mahu diguna (ie. Word Processor, ACAD, simulasi  dll.)

Ya

·          Beli sipa·          Pasang sendiri·          Pinjam

Murid tahu kendali perkakasan & perisian??

 

UNIT 5: ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi.

5.1     Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:·         Menerangkan maksud menggunakan ICT sebagai pemudah komunikasi,·         Menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan sebagai pemudah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran,·         Merancang aktiviti yang menggunakan ICT sebagai pemudah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, ·         Melaksanakan aktiviti yang menggunakan ICT sebagai pemudah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.2     Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996).  Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

  • text
  • grafik
  • audio.
  • video
  • kombinasi dua atau lebih mod di atas

5.3     Bagaimana Guna Ict Sebagai Alat Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?

Menurut Paulsen, M.F. (1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:·         Teknik Seorang – Sendirian·         Teknik Seorang  dengan Seorang·         Teknik Seorang kepada Ramai·         Teknik Ramai kepada Ramai  Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif[12]. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat berhubung budaya, cara hidup, geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka alami.  Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. 

5.4       Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ?

        

  • Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
  • Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.

5.5       Contoh Persediaan Mengajar

SUBJEK                  :  GeografiTINGKATAN           :  2MASA                       :  2 masaTAJUK                     :  Bab 7 : Sumber Tenaga Dan Mineral Di MalaysiaOBJEKTIF              :  Di akhir pelajaran pelajar akan dapat :i.                     Mengenalpasti kepentingan Sumber Tenaga Dan Mineral Di Malaysia ii.                   Dapat menyenaraikan Sumber Tenaga Dan Mineral Di Malaysia AKTIVITI:i.                     Pelajar dikehendaki menyenaraikan kepentingan Sumber Tenaga Dan Mineral Di Malaysia ii.                   Pelajar mengelaskan lokasi utama pengeluar Sumber Mineral utama Di Malaysiaiii.                  Pelajar dikehendaki mengenal pasti Sumber Tenaga Dan Mineral utama Di Malaysia. iv.                  Pelajar digalakkan bertukar-tukar maklumat dengan pelajar dari tempat lain untuk mengetahui maklumat sumber tenaga dan mineral di kawasannya.

PENILAIAN

i.                     Pelajar dikehendaki menbentangkan hasil yang dikumpulkan.                                    ii.          Pelajar diberi lembaran kerja  BBM                                      

i.                    E-mail

ii.                   Lembaran kerjaiii.                  MSN atau Yahoo Masengger

iv.                 Laman web

5.6     Penilaian Kendiri

  1. Bolehkah anda terangkan beberapa teknik berkomunikasi menggunakan ICT dalam p & p yang dicadangkan oleh Paulsen, M.F (1995).

  1. Terangkan 2 sebab mengapa ICT digunakan sebagai alat komunikasi dalam p & p

  1. Huraikan bagaimana internet dapat membantu p & p guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan komunikasi.

5.7       Jalan Ke Arah Pengintegrasian. 

Rajah 4 menunjukkan carta alir proses yang perlu dilalui oleh guru untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT sebagai alat pemudah komunikasi.

Ada Keperluan? (rujuk 10.2)

Murid tahu kendali perkakasan & perisian??

Rancang masa (dalam waktu vs luar waktu), tempat (dalam kelas vs dalam makmal) dan mod penggunaan (bersendirian vs berkumpulan)

Laksanakan perancangan

Nilai keberkesanan.

Ya
Ya
Tamat

Mula carta alir

·    Download·    Beli·    Bangunkan sendiri
·    Latih murid·    Ikuti kelas literasi komputer

Ada perisian/ perkhidmatan? (eg. E-mail, AOL, net-meeting, mIRC, dll.)

Ya

·    Beli sipa·    Pasang sendiri·    Pinjam

Ada kemudahan? (komputer, sambungan & akaun Internet.)

 

UNIT 6: Penutup

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah-sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. 

Ada yang memiliki bilangan komputer melebihi 10 set, ada yang memiliki hanya 1 set. 

Ada yang meletakkan komputer di bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. 

Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru yang menggunakan modul ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah-masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT.  Ini bagi memastikan aktivit yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pendidikan. 

Akhirnya, sebarang maklumat lanjut berhubung penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran bolehlah dirujuk di laman web http://kdp.ppk.kpm.my/  Berikut di senaraikan laman-laman portal pendidikan yang dirasakan bermanfaat untuk dilawati. 

Laman Ulasan
Malaysia SchoolNethttp://myschoolnet.ppk.kpm.my/ Mengandungi bahan-bahan Kurikulum seperti SP dan HSP.  Terdapat juga bahan-bahan sokongan lain yang dapat membantu para guru dan pelajar.  
CikguNethttp://www.cikgu.net.my/ Mengandungi bahan-bahan rujukan seperti rancangan mengajar, tip mengajardan pelbagai lagi panduan panduan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Geografi Perak http: //www.geocities.com/geografiperak/home.htm Mengandungi Maklumat Tentang Geografi
http://www.geocities.com/sarinaz2/index2.htm Laman Geografi Tingkatan 1
Guru Bestarihttp://sekolahbestari.hypermart.net/ Laman Guru Bestari menyediakan ruangan khas kepada guru-guru dan pelajar- pelajar untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat. Berbagai aktiviti dan maklumat disediakan kepada guru dan pelajar sebagai sumber rujukan. Maklumat lengkap berhubung sekolah bestari boleh diperoleh di sini.

Rujukan

Means, Barbara et al., (1993),  Using Technology to Support Education Reform, U.S. Government Printing Office,

Washington D.C. Means, Barbara. (Ed.), (1994), Technology and Education Reform, Jossey Bass Publishers, San Fransisco. 

Clack, Jeanne dan Sun, Jeff., (1996), Technology Implementation in Warren County Kentucky Public Schools: An Evaluation of Instructional and Administrative System., unpublished. Brown, A., (1994). The Advancement of Learning. Educational Researcher. 23 (8), 4-12. 

Perkins, D. (1992). Smart Schools – Better thingking and learning for every child.

New York: The Free Press. McInerney, D & McInerney, V. (1998). Educational Psychology – Constructing Learning (2nd. Edition).

Sydney:  Prentice Hall.



[1] Adaptasi daripada pengkelasan umum aplikasi Teknologi Pendidikan ole Barbara Means (Means, 1994)

[2] Means et. al. (1993),

[3] Pembelajaran ekspository merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif.  (http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/tool_glossary.htm).

[4] Perisian CAI yang pertama dibangunkan oleh Patric Suppes daripadaStanford

University pada tahun 60’an.

[5] Rujuk http://www.uwf.edu/coe/tutorials/technology/coursewa/crsware.htm

[6] Maklumat lanjut berhubung teori pembelajaran boleh diperolehi di http://www.gwu.edu/~tip/ atau http://www.funderstanding.com/about_learning.html

[7] Dipetik daripada penulisan asal Prof. C. Blurton, Universiti of Hong Kong, kepada  UNESCO untuk World Communication dan Information Report 1999.

[8] World Facts Book boleh di capai di http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/index.html

[9] Encarta dalam talian boleh dicapai di http://www.encarta.msn.com/

[10] Internet adalah merupakan sistem rangkaian komputer global yang di dalamnya mengandungi lautan maklumat merangkumi pelbagai bidang yang boleh dijadikan rujukan oleh murid. 

[11] Perisian ini termasuk dalam kategori freeware dan boleh dimuat turun daripada laman utamanya di http://www.httrack.com.

[12] Cooperative/Collaborative Learning (C/CL) is an instructional approach in which students work together in small groups to accomplish a common learning goal. C/CL is not the same as traditional groupwork, in that most models adhere to the following principles:·          Students work and learn together in small (2-5 member) groups.·          Their task is carefully designed to be suitable for groupwork.·          There is positive interdependence – cooperation is necessary for students to succeed.·          Students are individually accountable for learning and participation.·          Attention and class time are given to interpersonal/cooperative skill building.

The role of the teacher changes from being the “sage on the stage” to “the guide on the side.”

TSUNAMI

tsunami.jpg

TSUNAMI

TSUNAMI

Antara realiti geografi dan tragedi26 Disember 2004

Pantai dan laut anugerah Allah:

Ombakmenjadi mainan

Apa itu  ombak  ?

               Ombak ialah alunan air laut               Terbentuk akibat :      Tiupan angin       Gegaran bumi

Ombak besar

Apa dia “tsunami” ?

        Gelombang ombak besar

        Terjadi akibat :

1.      gegaran gempa bumi yang kuat

2.      Tanah runtuh ke dalam laut

3.      Letusan gunung berapi di dasar laut

Sifat-sifat ombak tsunami :

        Kelajuan antara 640 – 960 km/jam

        Ketinggian sehingga melebihi 100 meter

Stuktur ombak:

Stuktur ombak:

Puncak ombak
Pusaran ombak
Tinggi ombak

Sejarah gempa bumi dunia

Tarikh

Lokasi

S. Richter

Apa itu Skala Richter ?

 
ukuran kekuatan gegaran gempa bumi

Skala Richter

Kesan gegaran

Bagaimana tsunami berlaku ?

        Bermula dengan pergerakkan plat bumi ( kepingan bumi ) yang disebabkan oleh gerakan magma di dalam lapisan kerak bumi  ( litosfera )

 

Kesan kepada ekonomi :

    Sektor ekonomi pelancongan terjejas    Kerosakan kawasan pelancongan semulajadi    Kerosakan kemudahan di kawasan pelancongan    Kemerosotan kemasukan pelancong    Agensi pelancongan, bas pelancong, bot pelancong, hotel,kedai kraf tangan, kedai makan,  tidak dapat menjalankan perniagaan

                  Penyakit merebak akibat :

                  Air kotor                  Kekurangan air bersih                  Persekitaran yang penuh dengan sampah sarap, bangkai dan lumpur        Kekurangan makanan bersih

Kesihatan :

Implikasi

tsunami

Alam:

        Air

        Tanih dan bumi

        Tumbuhan

        Haiwan

        masa

Manusia:

NyawaekonomiKesihatanHarta benda

Pantai anugerah Tuhan, semasa kecil menjadi mainan tetapi apabila malapetaka melanda

Semuanya musnah sekelip mata.

TSUNAMI

Antara realiti geografi dan tragedi26 Disember 2004

Pantai dan laut anugerah Allah:

 


Ombakmenjadi mainan

 


Apa itu  ombak  ?

               Ombak ialah alunan air laut               Terbentuk akibat :      Tiupan angin       Gegaran bumi

Ombak besar

 

 

 

Apa dia “tsunami” ?

 

        Gelombang ombak besar

        Terjadi akibat :

1.      gegaran gempa bumi yang kuat

2.      Tanah runtuh ke dalam laut

3.      Letusan gunung berapi di dasar laut

 

Sifat-sifat ombak tsunami :

        Kelajuan antara 640 – 960 km/jam

        Ketinggian sehingga melebihi 100 meter

 

Stuktur ombak:


Stuktur ombak:

Puncak ombak
Pusaran ombak
Tinggi ombak

 

 

Sejarah gempa bumi dunia

 

Tarikh

Lokasi

S. Richter

 


Apa itu Skala Richter ?

 

ukuran kekuatan gegaran gempa bumi

Skala Richter

Kesan gegaran

 

Bagaimana tsunami berlaku ?

 

        Bermula dengan pergerakkan plat bumi ( kepingan bumi ) yang disebabkan oleh gerakan magma di dalam lapisan kerak bumi  ( litosfera )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kesan kepada ekonomi :

    Sektor ekonomi pelancongan terjejas    Kerosakan kawasan pelancongan semulajadi    Kerosakan kemudahan di kawasan pelancongan    Kemerosotan kemasukan pelancong    Agensi pelancongan, bas pelancong, bot pelancong, hotel,kedai kraf tangan, kedai makan,  tidak dapat menjalankan perniagaan

                  Penyakit merebak akibat :

                  Air kotor                  Kekurangan air bersih                  Persekitaran yang penuh dengan sampah sarap, bangkai dan lumpur        Kekurangan makanan bersih

Kesihatan :

 

 

Implikasi

tsunami

Alam:

        Air

        Tanih dan bumi

        Tumbuhan

        Haiwan

        masa


Manusia:

NyawaekonomiKesihatanHarta benda

 

Pantai anugerah Tuhan, semasa kecil menjadi mainan tetapi apabila malapetaka melanda

Semuanya musnah sekelip mata.

KAJIAN MASA DEPAN

KAEDAH “ARE YOU SLEEPING” DALAM P & P GEOGRAFI 

1.      PENDAHULUAN:

Kaedah “Are You Sleeping” adalah merupakan idea yang tercetus ketika P & P dijalankan dan pelajar didapati pasif, keliru dan mengantuk semasa topik mengira bearing sukuan dan sudutan diajar.  Justeru itu, tercetuslah idea untuk membezakan di antara mengira bearing sukuan dan sudutan dengan menggunakan nyanyian “Are You Sleeping” .

RASIONALNYA:1.1.            Satu kaedah penting dalam proses P & P bilik darjah.1.2.            Semua pelajar memainkan peranan yang aktif dalam mengira bearing sukuan dan sudutan 1.3.            Pendekatan  pengajaran berpusatkan pelajar1.4.            Menimbulkan interaksi menyeluruh dalam kelas.1.5.            Pelajar pasif atau tidak mahir tidak terpinggir mampu mengingat mengira bearing sukuan dan sudutan dengan mudah. 

  1. PELAKSANAAN:

Melibatkan 3 tahap : bermula dengan,

Tahap Satu:  Perbezaan mengira bearing sukuan dan sudutan ,

Tahap Dua : Nyanyian “Are You Sleeping”,  

Tahap Tiga : Petua mengira bearing

Tahap Empat : Latihan.

2.1.            Tahap Satu : Perbezaan mengira bearing sukuan dan sudutan

Perkara Bearing Sukuan Bearing Sudutan
Sudut 90º sahaja (Suku daripada 360º) 360º  (satu bulatan)
Nilai Bearing 0º – 90º sahaja 0º – 360º
Asas Untuk Mengukur  Dari Utara ke Barat Dari Utara ke Timur Dari Selatan Ke Barat Dari Selatan ke Timur Dari Utara sahaja mengikut pusingan jam
Contoh jawapan U 36º T 80º

2.2.            Tahap Dua : Nyanyian “Are You Sleeping”,   Dengan nada lagu “Are You Sleeping” , pelajar diminta menyanyikan lirik bearing sukuan iaitu

 Bearing sukuan , bearing sukuanSembilan puluh darjah, sembilan puluh darjah,Ukur utara barat, ukur utara timur,Ukur selatan barat, ukur selatan timur,Ukurlah, ukurlah

2.3.            Tahap Tiga: Petua mengukur bearingGuru akan menerangkan bagaimanakah cara untuk mengira bearing sukuan dan sudutan.  Guru menerangkan cara mengira bearing adalah sama seperti orang yang menggoreng telur.  Cara untuk mengira bearing sukuan dan sudutan adalah seperti berikut. 

 1. Kenalpasti kedua-dua lokasi/ point
2. Sambungkan kedua-dua point dengan 1 garisan
3. Buat palang pada lokasi DARI
4. Letakkan jangka sudut selari dengan garisan Utara ke selatan dan baca mengikut pusingan jam sehingga  garisan yang disambungkan tadi.
5. Jika Bearing sukuan pastikan nilai yang dibaca mestilah DI ANTARASUKU YANG TERLETAK DI ANTARA UTARA KE BARAT/TIMUR DAN SELATAN KE BARAT / TIMUR.

2.4.            Tahap  : Setiap Pasangan (2)Selepas masa tamat 5 minit, pelajar diarah memilih rakan sebelah untuk membentuk satu pasangan.  Kertas catatan ditukarkan di antara pelajar tersebut.  Pelajar berpasangan akan  cuba berbincang dan mengumpulkan isi hasil perbincangan bersama dan dicatatkan.  Ketika ini pelajar yang pasif akan cuba mempertahankan isinya jika dipertikaikan.  Kedua-dua  pelajar ini akan cuba mempertahankan isi-isi mereka dalam perbincangan seterusnya.  Masa diberikan 10 minit. 

2.5.            Tahap Empat : LatihanPelajar akan menjawab soalan berasaskan kaedah “Are You Sleeping” .  Selepas menjawab mereka akan merujuk kepada rakan di sebelah dan kemudian secara kumpulan. Pelajar akan memastikan jawapan mereka betul dengan nilai lebih kurang satu hingga dua darjah sahaja. 

  1. KESIMPULAN:

Kaedah “Are You Sleeping” ada kelebihan dan kelemahan bergantung bagaimana ianya dilaksanakan.  Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang bebas.  Pelajar belajar cara bebas dan sendiri di kalangan pelajar.  Cara belajar dengan kaedah “Are You Sleeping” amat menyeronokkan pelajar. Mereka rasa terekjut kerana ditanya “Are You Sleeping” dan di samping itu mereka belajar daripada nyanyian “Are You Sleeping” mereka dapat mengingat cara mengukur bearing sukuan dan sudutan.Harapan saya, andaianya pelajar tidak faham, kita perlu buat sesuatu kerana “DO CORRECTING WITHOUT DESTROYING” akan menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani. Selamat mencuba.. 

About

This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

Hello world!

Welcome to FARIDAH BT SHAARI Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

This site is protected by Comment SPAM Wiper.